SMK Agama Sibu Sarawak ditubuhkan pada tahun 1985 dan merupakan SMKA yang ketiga ditubuhkan di negeri Sarawak. SMK Agama Sibu terletak bersebelahan dengan Lapangan Terbang Sibu yang lama dan berdekatan dengan Stadium Tun Ahmad Zaidi Sibu.
30 Disember 2010 : Mesyuarat guru 1/2011 telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat SMK Agama Sibu. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Pengetua SMK Agama Sibu.
Pengetua mengingatkan guru-guru mengenai amanah mendidik anak murid yang telah dipertanggungjawabkan kepada setiap guru.