2 Januari 2011 : Solat asar berjemaah merupakan aktiviti kerohanian pertama yang telah dirancang oleh pihak sekolah untuk semua murid asrama sebaik sahaja mendaftar masuk ke asrama. Sungguhpun keadaan Masjid Al-Huda SMK Agama Sibu kelihatan agak berdebu kerana sudah sebulan tidak digunakan berikutan cuti persekolahan akhir tahun tetapi kemeriahan kembali dapat dirasai dengan kehadiran murid-murid.
Pada hari ini, sajadah yang telah disimpan dan digulung, dihampar kembali untuk kegunaan solat. Masjid Al-Huda yang sunyi sepi kembali meriah dengan kehadiran murid-murid asrama.
Solat asar berjemaah turut disertai oleh ibu bapa dan guru-guru SMK Agama Sibu. Murid-murid yang hadir solat asar berjemaah turut dipantau oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.



